Saudara Mohd Haris Husin telah mewakili Universiti Malaysia Terengganu ke Ohio University’s Graduate Colloquium on Malaysian Studies

Salah seorang pelajar pascasiswazah PPSMS, Saudara Mohd Haris Husin telah mewakili Universiti Malaysia Terengganu ke Ohio University’s Graduate Colloquium on Malaysian Studies pada 14-16 September 2016 di Ohio University, Amerika Syarikat. Beliau merupakan salah seorang daripada 17 orang pelajar pascasiswazah terpilih dari Malaysia dan Jepun yang telah diterbangkan ke Athens, Ohio, US di mana mereka telah membentangkan projek penyelidikan mereka dan berkongsi pendapat serta terlibat di dalam pelbagai aktiviti anjuran Ohio University. Haris juga adalah penerima biasiswa MPOB untuk pengajian beliau di UMT dan membuat penyelidikan berkenaan kumbang palma merah di kawasan tanaman kelapa sawit di bawah penyeliaan Prof. Madya Dr. Wahizatul Afzan Azmi.

Semoga pengalaman dan ilmu yang ditimba di rantau orang dapat dimanfaatkan dan dikongsi bersama-sama rakan seperjuangan