PROGRAM JEJAK ILMU (9-11 FEBRUARI 2017- Anjuran Kelab Biodiversiti sesi 2016-2017

Program Jejak Ilmu ini merupakan kesinambungan daripada program-program yang telah dianjurkan oleh Kelab Biodiversiti sebelum ini. Program Jejak Ilmu ini bertujuan untuk mendedahkan ahli Kelab Biodiversiti akan kepentingan ekosistem hutan hujan tropika khususnya di Pahang. Program ini juga bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan para pelajar akan kepelbagaian biodiversiti yang terdapat di Taman Negara Pahang.

Program ini dianjurkan untuk melatih mahasiswa dalam mengendalikan program lain di masa hadapan dan menarik minat mahasiswa Kelab Biodiversiti untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan khususnya program yang melibatkan alam sekitar.