Setinggi tahniah kepada pensyarah PPSMS

Setinggi tahniah kepada pensyarah PPSMS yang telah berjaya meraih pingat di expo penyelidikan PECIPTA 2017 anjuran bersama UMT dan Unisza pada hari ini. Timbalan Dekan PPSMS (Bakat & Penyelidikan ), Prof. Madya Dr. Wahizatul Afzan Binti Azmi telah berjaya memenangi pingat Perak, manakala Dr. Izwandy Idris yang merupakan penyelidik bersama dengan Dr. Wan Iryani Binti Wan Ismail pula berjaya merangkul Pingat Emas. Syabas dan setinggi tahniah kepada semua penyelidik kerana mengharumkan nama PPSMS dan UMT!