BIOLOGI MARIN

Sarjana Muda Sains (Biologi Marin)

Program ini memberi tumpuan kepada sumber hidupan laut dan bertujuan melahirkan graduan yang terlatih di dalam mengurus dan membangunkan sumber hidupan laut.  Pada masa yang sama, pelajar akan didedahkan kepada ilmu menyeluruh berkaitan sains lautan yang mempengaruhi hidupan laut.  Aspek penghasilan produk dari sumber hidupan marin akan diberi penekanan. Sumber terumbu karang dan hidupan laut yang kaya di Laut China Selatan akan dijadikan tumpuan semasa latihan amali pelajar.

        Sebelum bergelar graduan di dalam bidang Biologi Marin, pelajar Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) haruslah melengkapkan tempoh pengajian selama 6 semester (rujuk jadual Skema Kursus). Sepanjang tempoh pengajian tersebut, sekurang-kurangnya kursus yang berjumlah 127 jam kredit  hendaklah dilengkapkan oleh pelajar sebagai syarat untuk bergraduat.

Kelayakan yang diperlukan:-