SAINS SAMUDERA

Sarjana Muda Sains (Sains Samudera)

Program ini bertujuan membangunkan sumber manusia terlatih di dalam pengurusan sumber lautan negara.  Penekanan akan diberikan kepada ilmu teori dan praktikal sains samudera yang komprehensif iaitu meliputi aspek oseanografi biologi, kimia fizikal dan geologi.  Aspek semasa yang menjadi tumpuan di dalam sains samudera seperti pembangunan sumber lautan, penilaian  kesan alam sekitar, pencemaran dan polisi akan juga diberi tumpuan. Program ini juga mempunyai kelebihan latihan amali di laut di mana UMT mempunyai peralatan oseanografi yang mencukupi.

        Siswazah program Sarjana Muda Sains (Sains Samudera) hendaklah melalui tempoh pengajian selama 6 semester sebelum bergelar seorang graduat yang memegang ijazah di dalam bidang Sains Samudera. Sekurang-kurangnya sebanyak 125 jam kredit hendaklah dipenuhi oleh para siswazah dalam tempoh 6 semester tersebut (rujuk jadual Skema Kursus).

Kelayakan yang diperlukan:-