Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan & Pengurusan Biodiversiti)

Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan-graduan yang berpengetahuan luas dalam bidang pemuliharaan dan pengurusan biologi khususnya dalam kepelbagaian ekosistem dan spesis.  Keperluan graduan dalam bidang ini dijangka meningkat seiring dengan kesedaran mesyarakat global khususnya di negara ini tentang peranan spesis biologi dan alam semulajadi yang perlu diambil kira dan dikekalkan dalam semua aspek pembangunan ekonomi dan sosial negara.  Program ini menekankan kedua-dua aspek amali dan teori dalam sains gunaan di mana pelajar diwajibkan mengikuti kursus-kursus teras program yang merangkumi bidang biologi asas termasuk fisiologi, genetik, ekologi dan sebagainya di samping kursus-kursus evolusi dan biodiversiti organisma, biodiversiti ekosistem akuatik dan teresterial, pemuliharaan ekosistem, spesis dan genetik, pengurusan hutan dan hidupan liar, penderiaan jauh dan GIS, dinamik populasi dan sumber-sumber asli tropika.

    Penuntut program Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan & Pengurusan Biodiversiti) haruslah melengkapkan sekurang-kurangnya 120 jam kredit sebelum bergelar graduan yang memegang ijazah di dalam bidang Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti. Tempoh yang diberikan untuk siswazah melengkapkan kesemua 120 jam kredit tersebut adalah 6 semester (rujuk jadual Skema Kursus)

Kelayakan yang diperlukan:-

BioD Research Areas