KIMIA ANALISIS & PERSEKITARAN

Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran)

Graduan program ini akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja dalam pelbagai bidang kimia tetapi mempunyai kemahiran istimewa dalam kaedah kimia analisis dan sekitaran serta penggunaan segala peralatan dan instrumen yang terkini dalam bidang tersebut.  Graduan dalam bidang Kimia Analisis dan Persekitaran amat diperlukan dinegara ini.  Ini adalah kerana pembangunan dalam bidang industri yang begitu pesat memerlukan kawalan dan pemantauan yang serius.  Graduan yang dihasilkan diharap dapat mengimbangi kemajuan dalam bidang industri dan penjagaan alam sekitar serta mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang kimia khasnya.  Antara kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan dari program ini adalah sebagai penyelidik, ahli kimia bagi pembangunan produk, pembangunan proses, analisis dan alam sekitar dan forensik.  Graduan juga boleh menceburi bidang pengajaran sebagai pensyarah atau guru.

        Penuntut program Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran) haruslah melengkapkan sekurang-kurangnya 120 jam kredit sebelum bergelar graduan yang memegang ijazah di dalam bidang Kimia Analisis dan Persekitaran. Tempoh yang diberikan untuk siswazah melengkapkan kesemua 120 jam kredit tersebut adalah 6 semester (rujuk jadual Skema Kursus).

Kelayakan yang diperlukan:-