Sinopsis Kursus-Kursus Program Program Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran)

KIM3001 Amali Kimia Asas

Kredit : 2 (0+2)
Prasyarat: Tiada

Amali di dalam kursus ini melibatkan penggunaan teknik asas eksperimen untuk menganalisa sampel. Ini termasuklah kaedah kimia analisis, organik, tak organik dan fizikal.

 

 

KIM3002 Pengurusan dan Keselamatan Bahan Kimia

Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat: Tiada

Kursus ini akan membincangkan tentang keselamatan secara am, perlindungan diri dan pakaian keselamatan serta pengenalpastian bahaya kimia bahaya. Penekanan juga akan diberikan kepada pengkelasan bahan kimia. Hubungan bahan kimia dengan toksikologi, pelabelan, pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan bahan kimia juga akan dibincangkan.Tajuk-tajuk lain seperti pelupusan sisa kimia, kebakaran, akta keselamatan kimia dan pengurusan keselamatan, pangkalan data bagi keselamatan kimia turut diperkenalkan dalam kursus ini.

 

 

KIM3100 Kimia Fizik Asas

Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat: Tiada

Topik-topik asas kimia fizik seperti teori atom, teori ikatan, keadaan jirim, elektrokimia, kinetik tindak balas dan hukum gas akan dibincangkan.

 

 

KIM3102 Amali Kimia Fizik

Kredit : 1 (0+1)
Prasyarat: Tiada

Eksperimen dalam kursus ini adalah mengenai proses peneutralan haba, keseimbangan rungkaian etil asetat, isipada molar separa, system gambarajah tiga fasa, konduktiviti larutan, penjerapan, ketegangan permukaan, kimia kinetic dan termokimia.

 

 

KIM3104 Kimia Fizik

Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat: Tiada

Kursus ini merangkumi tiga topik utama dalam kimia fizik iaitu kimia termodinamik, kimia dinamik dan perubahan fizikal bahan tulen. Termodinamik: Hukum-hukum Gas, Hukum Termodinamik Pertama, Kedua dan Ketiga; Kimia Dinamik: Pergerakan molekul, Kadar tindakbalas dan Dinamik Tindakbalas; Perubahan Fizikal: Rajah Fasa dan Aspek termodinamik perubahan fasa.

 

 

KIM3200 Kimia Organik Asas

Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat: Tiada

Sistem penamaan IUPAC, sifat, tindak balas dan penyediaan bagi sebatian hidrokarbon dan terbitannya seperti alkana, alkena, alkohol, alkil halida dan sebatian aromatik serta terbitannya. Beberapa tindakbalas mudah yang melibatkan mekanisme juga akan turut dibincangkan.

 

 

KIM3201 Mekanisma dalam Kimia Organik
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat: KIM3200

Kursus ini merangkumi pengenalan kepada mekanisme tindakbalas bagi sebatian organik seperti tindakbalas SN1, SN2, E1 dan E2; dan juga sifat, tindakbalas dan mekanisma tindakbalas bagi sebatian organik seperti alkena, diena, alkil halida, alkohol dan tindakbalas perisiklik.

 

 

KIM3202 Amali Kimia Organik

Kredit : 1 (0+1)
Prasyarat: Tiada

Kursus in melibatkan ujikaji bagi menerangkan konsep asas seperti tindak balas SN2, tindak balas Fridel-Craft, pengoksidaan dan sintesis sebatian organic. Masalah penyelesaian berhubung kait dengan analisis spektroskopi dan penulisan laporan amali juga turut dibincang.

 

KIM3203 Kimia Sebatian Karbonil

Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat: KIM3201

Topik-topik kursus ini akan membincangkan tentang sifat-sifat kimia dan fizikal, tindakbalas dan mekanisma kumpulan karbonil bagi aldehida, keton, amida, asid karboksilik serta terbitannya, sebatian -dikarbonil dan terbitan benzena.

 

 

KIM3204 Penentuan Struktur Sebatian Kimia

Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat: Tiada

Kursus ini akan membincangkan tentang penentuan formula molekul dan struktur bagi sesuatu sebatian kimia berdasarkan kepada teknik spektroskopi seperti IR, NMR, MS dan UV.

 

 

KIM3300 Kimia Tak Organik Asas

Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat: Tiada

Topik yang akan dibincangkan adalah seperti struktur atom, struktur molekul dan pengikatan, tindak balas pengoksidaan dan penurunan, perkalaan dan jadual berkala, perkalaan sifat kimia, unsur blok-s, kumpulan III, IV, V, VI, VII & VIIIdan unsur blok-d.

 

 

KIM3301 Kimia Tak Organik

Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat: Tiada

Kursus pengenalan kepada konsep-konsep kimia tak organik. Tajuk-tajuk yang terkandung dalam kursus ini adalah sintesis, pengikatan kimia, stereokimia dan kereaktifan sebatian tak organik kumpulan utama serta unsur-unsur peralihan.

 

 

KIM3302 Amali Kimia Tak Organik

Kredit : 1 (0+1)
Prasyarat: Tiada

Amali ini melibatkan ujikaji beberapa sifat umum unsur dan kompleks logam peralihan serta penggunaan teori kumpulan dalam menentukan simetri kompleks orbital atom dan orbital molekul. Pengenalan kepada beberapa teori ikatan logam-ligan dan pendekatan teori-teori berkenaan dalam menentukan spektra elektronik dan sifat-sifat kemagnetan kompleks logam peralihan juga mekanisme yang dikenakan dapat diaplikasi dalam eksperimen yang dijalankan. Reaktiviti dan mekanisme serta kaedah-kaedah sintesis semasa untuk sebatian tak organik dan organologam akan diberi perhatian yang lebih.

 

 

KIM3400 Kimia Analisis Asas

Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat: Tiada

Kursus ini akan membincangkan tentang prinsip asas analisis isipadu, kaedah analisis gravimetri, kaedah-kaedah pentitratan asid-bes, kompleksometri, redoks dan pemendakan. Pengenalan kepada ralat dan pengolahan data analisis serta pensampelan dan penyediaan sampel analisis juga akan dibincangkan.

 

 

KIM3401 Teknik Spektroskopi dalam Kimia Analisis
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat: KIM3400

Topik-topik kursus ini akan membincangkan tentang prinsip-prinsip kaedah analisis spektrometri merangkumi teori asas dan kaedah spektrometri seperti spektroskopi penyerapan molekul, spektroskopi pendafluoran molekul dan spektroskopi penyerapan dan pemancaran atom.

 

 

KIM3402 Amali Kimia Analisis

Kredit : 1 (0+1)
Prasyarat: Tiada

Amali di dalam kursus ini melibatkan penggunaan kaedah spektrometri dan kromatografi dalam analisis sampel. Sebagai tambahan, kaedah pengekstrakan pelarut juga diperkenalkan.

 

 

KIM3403 Teknik Pemisahan dalam Kimia Analisis
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat: KIM3400

Topik-topik dalam kursus ini membincangkan sambungan aplikasi kaedah analisis kromatografi merangkumi kaedah kromatografi gas (GC) termasuk GC-MS, kromatografi cecair (LC), SFC, dan elektroforesis. Teknik-teknik penyediaan/perawatan sampel dan pengesahan kaedah juga akan ditekankan.

 

 

KIM3404 Teknik Elektrokimia dan Terma dalam Kimia Analisis
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat: KIM3400

Topik-topik kursus ini akan membincangkan tentang prinsip-prinsip kaedah elektroanalisis dan terma seperti analisis potensiometri, voltammetri, termogravimetri dan terma kebezaan.

 

 

KIM3701 Kimia Alam Sekitar

Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat: KIM3400

Topik-topik dalam kursus ini meliputi idea asas komposisi dan struktur bumi. Perbincangan mengenai proses-proses kimia dan pencemaran di hidrosfera dan litosfera akan diberi penekanan. Kursus ini juga memperkenalkan elemen-elemen utama di dalam kerak bumi dan kitaran semulajadi elemen-elemen yang tertentu.

 

 

KIM4101 Kimia Koloid

Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat: Tiada

Kursus ini merangkumi pelbagai konsep-konsep dimensi partikulat seperti penyebaran, emulsi, busa, aresol, polimer larut air, pembasahan, penggumpalan dan penstabilan. Ciri fizikal seperti fenomena permukaan, termodinamik dan pengukuran saiz partikel juga akan turut dibincangkan.

 

 

KIM4104 Elektrokimia

Kredit : 3(3+0)
Prasyarat: Tiada

Kursus ini merangkumi topik-topik lanjutan dalam bidang elektrokimia dan kimia larutan. Topik yang dibincangkan adalah campuran ringkas, keseimbangan kimia, keseimbangan elektrokimia, pergerakan molekul dalam cecair, difusi, dinamik pemindahan elektron: voltametri, sel bahananpi dan pengaratan.

 

 

KIM4106 Spektroskopi Molekul

Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat: Tiada

Kursus ini membincangkan topik-topik seperti simetri dan teori kumpulan, kimia kuantum dan spektroskopi molekul. Simetri dan Teori Kumpulan: Unsur dan Operasi Simetri, Pengkelasan Molekul, dan Jadual Pencirian; Kimia Kuantum: Prinsip Kuantum Mekanik, Persamaan Schrodinger, Partikel dalam Kotak, Fungsi Gelombang, Ketumpatan Kebarangkalian, Gerakan Getaran dan Putaran; Spektroskopi Molekul: Spektra Putaran dan Getaran, Peralihan Elektronik dan Resonans Magnet.

 

 

KIM4401 Kimia Forensik

Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat: KIM3403 @ KIM3405

Kursus ini memperkenalkan bidang sains forensik, prinsip penyiasatan di tempat kejadian dan kepentingannya dalam siasatan, prosedur mahkamah dan peranan saksi perunding. Peranan kimia analisis di dalam bidang forensik dan teknik terkini yang digunakan dalam penyiasatan di tempat kejadian dan di dalam makmal juga akan dibincangkan.

 

 

KIM4701 Kimia Alam Sekitar Lanjutan

Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat: KIM3701

Topik-topik dalam kursus ini membincangkan secara lanjut proses-proses kimia dan pencemaran di atmosfera terutamanya di stratosfera dan troposfera. Sebagai tambahan, mekanisma kesan rumah hijau dan pemanasan global akan turut dibincangkan. Kursus ini juga memperkenalkan bahan-bahan sisa merbahaya dan cara pengurusannya.

 

 

KIM4702 Pengenalan Analisis Alam Sekitar
Kredit : 3 (2+1)
Prasyarat: KIM3701

Topik-topik dalam kursus ini akan membincangkan mengenai pergerakan pencemar dalam persekitaran, kesan ekologi dan kesihatan pencemaran bahan kimia, strategi pemantauan dan analisis alam sekitar, dan aspek pengawalan dan jaminan kualiti dalam analisis alam sekitar.

 

 

KIM4703 Kimia Alam Sekitar : Tajuk Khas
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat: KIM3701

Kursus ini membincangkan isu-isu semasa persekitaran dan kaedah analisis yang terkini untuk menentukan pencemaran persekitaran tersebut. Kursus ini seterusnya menekankan pemulihan persekitaran yang patut dipupuk di kalangan masyarakat.

 

 

KIM4704 Analisis Surih Alam Sekitar

Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat: KIM4701

Topik-topik dalam kursus ini membincangkan mengenai analisis surih dalam sampel alam sekitar dengan penekanan terhadap analisis analit inorganik dan organik. Kaedah-kaedah pengawalan dan penjaminan kualiti dalam analisis alam sekitar serta teknik munculan dalam analisis sampel alam sekitar juga akan dibincangkan.

 

 

KIM4705 Aplikasi Analisis Surih Alam Sekitar
Kredit 2 (0+2)
Prasyarat: KIM4704

Topik-topik dalam kursus ini mengaplikasikan kaedah analisis surih dalam sampel alam sekitar dengan penekanan terhadap analisis analit inorganik dan organic seperti yang dibincangkan dalam kursus pra-syarat iaitu Analisis Surih Persekitaran.

 

 

KIM4992 Latihan Industri

Kredit : 6 (0+6)
Prasyarat: Tiada

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang pengurusan sesuatu organisasi, merangkumi aspek teknikal atau/dan praktikal, keusahawanan dan saintifik. Melalui latihan yang diterima, pelajar akan juga diuji kemahiran berkomunikasi dan sifat profesional serta etika mereka dalam proses menyempurnakan sesuatu tugasan.

 

 

KIM4997 Kaedah Penyelidikan dalam Sains Kimia

Kredit : 2(2+0)
Prasyarat: Tiada

Kursus ini memberi tumpuan kepada konsep dan kaedah saintifik dalam melakukan penyelidikan. Konsep asas statistik akan diperkenalkan seperti populasi, pensampelan dan jenis-jenis taburan yang berkaitan. Unsur-unsur etika dalam melakukan penyelidikan juga akan diberikan. Akhirmya, kursus ini akan memberi pendedahan kepada pelbagai tenik/kaedah penulisan dan pembentangan lisan dalam suatu topik sains kimia yang dipilih.

 

 

KIM4998 Projek Ilmiah Tahun Akhir I
Kredit: 2 (0+2)
KIM4999 Projek Ilmiah Tahun Akhir II
Kredit 4 (0+4)
Prasyarat: KIM4998

Pelajar tahun akhir dikehendaki melaksanakan satu penyelidikan di bawah bimbingan seorang atau lebih pensyarah di Jabatan. Pelajar dikehendaki mengemukakan satu proposal dan tesis penyelidikan untuk dinilai masing-masing pada awal dan akhir semester. Setelah selesai penyelidikan, pelajar dikehendaki membentangkannya dalam seminar dan menyerahkan tesis yang dijilidkan kepada Jabatan.