KURSUS KEPEMIMPINAN ALAM SEKITAR – BIO MARIN SBP TAHUN 2014

Banner marine

TARIKH : 10 – 13 OGOS 2014

TEMPAT : STESEN PENYELIDIKAN MARIN,PULAU BIDONG.UMT.

 


 

Kursus Kepimpinan Alam Sekitar – Bio Marin ini adalah Kursus Bunting marineyang dirancang oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) dalam  menerapkan ilmu kepimpinan dan kesedaran memelihara alam sekitar kepada pemimpin pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Program rintis telah dijalankan pada 2012 oleh SBP Integrasi Kubang Pasu dengan tema Biodiversiti bertempat di Gunung Jerai Kedah. Tahun 2013 dengan tema Biomarin, Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra sebagai tuan rumah bertempat di Pulau Payar Kedah dan tahun 2014 menyaksikan Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) telah diberi amanah dan tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah bagi kursus ini. Pelaksanaan kali ini telah mendapat kerjasama  erat bersama pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT)  dan Pihak Petronas sebagai rakan strategik. Kerjasama ini amat bertepatan kerana UMT mempunyai kepakaran dalam bidang Bio Marin dan petronas sebagai agensi nasional yang paling banyak menyumbang dalam dunia pendidikan di Malaysia.

           Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 136 orang pelajar sekolah berasrama penuh (SBP)di seluruh  negara. Seramai 2 orang pelajar daripada tingkatan 4 dari 68 buah sekolah berasrama penuh akan mewakili sekolah masing-masing.Selain itu, penyertaan sejumlah ini di harap akan dapat memberi input yang lebih berfokus kepada pelajar yang terlibat bagi mencapai objektif Kursus yang dilaksanakan. Secara keseluruhanya Kursus ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih bertauliah serta pakar dari UMT dan fasilitator yang dilantik. Mereka juga akan  bertindak sebagai penceramah dan juga sebagai fasilitator kepada kumpulan pelajar ini. Kursus ini akan diiktiraf sebagai Kursus peringkat kebangsaan dan setiap pelajar yang menyertai Kursus ini akan diberikan sijil oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Kementerian Pendidikan Malaysia.